BIOGRAFI RINGKAS
DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK
(B.A., M.A. dan Ph.D. Universiti Malaya)
Yang Berbahagia Dr Hj Jahid bin Hj Sidek
dilahirkan pada 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu (Kebangsaan) dan Tamat Darjah 6. Kemudian
beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Kerajaan Johor sampai Darjah Khas
dan menerima Sijil Darjah Khas yang melayakkannya untuk menjadi Guru Agama di
Sekolah-sekolah Agama Johor pada tahun 1957. Kemudian beliau meneruskan
pengajian ke Sekolah Arab Kluang Batu 1 Jalan Mersing, Johor (dari tahun 1956
hingga 1958). Awal tahun 1959 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam
Malaya, Klang dan mendapat Sijil Tertinggi Kolej Islam pada 1963.
Awal tahun 1964 beliau mula berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka sehingga bulan Mei, 1968. Pada awal tahun 1969 beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada awal bulan Mei, 1969. Pada Tahun 1972 beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Tasawwuf.
Awal tahun 1964 beliau mula berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka sehingga bulan Mei, 1968. Pada awal tahun 1969 beliau mengajar di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor sehingga beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada awal bulan Mei, 1969. Pada Tahun 1972 beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana Muda Sastera daripada Universiti Malaya. Seterusnya beliau memperolehi Ijazah peringkat Sarjana (M.A.) dalam bidang Usul Fekah (1975) dan Ijazah peringkat Kedoktoran (Ph.D.) daripada Universiti yang sama (1992) dalam bidang Tasawwuf.
Pada awal bulan Januari, 1972
beliau dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong
Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor. Pada tahun 1993 beliau dilantik sebagai
Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya. Pada
Tahun 1994 beliau dipindahkan bertugas di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaya sehingga beliau bersara pada akhir tahun
1995. Pada tahun 1993 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya
sehingga beliau bersara.
KEGIATAN DAKWAH
Beliau telah giat mengajar di
masjid dan surau di sekitar Lembah Klang mulai dari akhir tahun 70 an lagi. Kegiatan
Dakwah yang dilakukan makin rancak apabila beliau berhijrah daripada Petaling
Jaya ke Kampung Melayu Sri Kundang. Di Kampung yang baru dibuka, beliau
bersama-sama penduduk Kg Melayu Sri Kundang telah mendirikan sebuah surau yang
kemudiannya dinaiktaraf sebagai Masjid An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang. Beliau juga
pernah menjawat sebagai Nazir atau Pengerusi di Masjid tersebut selama 15
tahun. Di samping itu beliau telah mengasaskan Sekolah Agama Rakyat yang diberikan
nama Sekolah Agama Rakyat An-Nur. Sekolah tersebut telah diambil alih oleh
pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 1998 dan sekarang menjadi
Sekolah Rendah Agama di bawah JAIS. Mulai tahun 1993 beliau meningkatkan
kegiatan dakwah ke beberapa buah negeri di Malaysia termasuk di negeri Johor,
Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Di Johor
Bahru beliau mempunyai sebuah Madrasah iaitu Madrasah Babul Khayrat yang
terletak di Jalan Suka, Kg Melayu Majidee, Johor. Di Kuantan juga beliau ada
sebuah surau yang terletak di Kampung Chempaka Batu 17 Jalan Kuantan-Pekan berdekatan
dengan Penjara Pernu yang diberi nama Madrasah Manaratil ‘Ilmi.
Dakwah beliau lebih tertumpu
kepada Ilmu Tasawwuf dan Tarekat. Beliau juga belajar dan beramal dengan tiga aliran
tarekat iaitu Naqshabandiah Khalidiyyah, Ahmadiah dan Qadariyyah. Beliau telah
dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah
Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri
Sembilan pada Mac 2007.
Untuk meluaskan bidang
dakwahnya, beliau telah membuka Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM). Kaedah
rawatan yang digunakan dikenali sebagai Kaedah Refleksologi Islam yang jarang
dilakukan oleh pengamal-pengamal rawatan tradisional secara Islam. Pusat
Rawatan Islam Manarah ini juga telah berkembang luas dengan tertubuhnya
beberapa cawangan di seluruh Malaysia seperti di Johor Bahru, Batu Pahat,
Kuantan, Dungun, Kuala Terengganu dan Miri. Pusat Operasi PRIM terletak di
Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Rawang Selangor Darul Ehsan.
Dalam perubatan Tradisional
Islam beliau telah berjaya mendirikan sebuah Pusat Perlindungan Penjagaan dan
Rawatan para pesakit HIV yang beragama Islam dengan kerjasama pihak Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS). Pusat tersebut dikenali sebagai Istana Budi yang
sekarang telah menempatkan 20 orang pesakit. Perlu disebutkan mungkin pusat
perlindungan inilah yang mula-mula ditubuhkan yang seumpamanya di Malaysia.
Pusat perlindungan ini sangat menarik perhatian ramai terutamanya perkara yang
berkait dengan rawatan refleksologi Islam yang digunakan untuk merawat pesakit
di samping perubatan moden. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Pemulihan Ar-Riqab
oleh Majlis Agama Islam Selangor atas kesungguhan dan kegigihan tersebut.
Beliau telah dilantik sebagai Panel
Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Dalam Bidang Perubatan Islam daripada Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA) pada 19hb September, 2012
Dalam bidang dakwah juga beliau boleh dikatakan hampir setiap malam mengajar di Masjid dan Surau terutamanya di Lembah Klang begitu juga di Pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di siang hari. Beliau juga ada mengajar tempat-tempat yang jauh seperti di Johor, Muar, Kuantan, Sarawak dan lain-lain.
Beliau juga sering mengadakan seminar mengenai Ilmu Tasawwuf dan Tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Berpuluh-puluh kertas kerja telah dihasilkan mengenai tasawwuf dan tarekat juga mengenai Rawatan Tradisional Islam. Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ialah Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Strategi Menjawab Sejarah Islam, Dhiaul Iman Fi Thariq ar-Rahman (Terjemahan Kitab), Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam, Membentuk Jiwa Sufi dan lain-lain. Sekarang beliau sedang menyiapkan 2 buah buku yang pertama mengenai Perubatan Refleksologi Islam dan kedua mengenai permasalahan Adab di Dalam Ilmu Tasawwuf.
Beliau telah aktif menulis di
akhbar dan majalah sejak berusia 17 tahun lagi dan artikel Majalah Warta
Jabatan Agama Islam Johor Majalah al-Islam, Anis, Pengasuh sehingga ke Akhbar
Utusan, Kalam.
Beliau bersama murid-muridnya
telah menubuhkan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) yang telah
didaftarkan tahun 2006 dan telah disenaraikan sebagai NGO Islam yang telah
menerima geran tahunan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Selain
daripada geran bantuan bulanan untuk penyelenggaraan Pusat Perlindungan Istana
BUDI yang terletak di Lorong Beringin, Batu 17 Kuang, Selangor Darul Ehsan.
LATAR BELAKANG KELUARGA
Beliau mempunyai seramai 15
orang anak daripada 4 orang Isteri. 2 orang anak beliau telah Berjaya menjadi
Doktor Perubatan, seorang daripada anak beliau telah berjaya menjadi Pakar
Bedah di Hospital Sg Buloh dan seorang di Hospital Putrajaya dan seorang
penuntut tahun 3 bidang perubatan di Universiti Iskandariah Mesir. Seorang Ph.D.
di Bidang Kejuruteraan Elektrikal United Kingdom. Isteri yang pertama Ustazah,
Isteri kedua, Doktor Perubatan (telah berhenti kerja) Isteri ketiga Charted
Akauntan (Telah berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan sendiri) dan isteri
yang ke empat seorang Hafizah.
SENARAI KERTAS KERJA TASAWWUF@SUFI@TAREKAT
1. (01 Disember, 2012)
Simposium Tarekat Tasawwuf - Siri 3, Tajuk: “FANA’, YAQAZAH DAN KASYAF”
Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah
As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
2. (05 FEBRUARI, 2012) Maulidur Rasul
1433h, Tajuk: “USWAH HASANAH; CABARAN DALAM TA’ALIM, TARBIYYAH DAN TARQIYYAH”,
Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah Seremban Kerjasama: Jabatan
Mufti Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah Kg Pondok Rasah Seremban.
3.
(03 Disember, 2011)
Simposium Tarekat Tasawwuf - Siri 2, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT DAN MASALAH
DALAM PENGAMALAN ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah,
Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah
4. (24 Julai, 2011) Seminar Kefahaman
Tarekat Tasawwuf, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP PENTING ILMU TAREKAT” Anjuran: Qolbu
Solehin Consultancy, Tempat: Kompleks Perpaduan Kamunting, Kg Expo Kamunting
Taiping Perak Darul Ridzuan.
5. (14 Mei, 2011)
Simposium Tarekat Tasawwuf - Siri 1, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP
DALAM ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah
As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg
Pondok Rasah
6. (20hb Februari, 2011)
Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H, Tajuk: “MENCINTAI RASULULLAH S.A.W”. Anjuran: Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban,
Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah.
7.
(25 - 26 Mac 2007) Seminar
Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM
PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan
Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia
di Kaherah Mesir, Tempat: Dewan Abbasiah Kaherah, Mesir.
8. (22 Disember, 2007) Seminar
Tasawwuf Negeri Sembilan 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH
RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan,
Tempat: Allson Klana Resort Seremban.
9.
(25 Mac 2005) Seminar
Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya Tajuk: “SUMBER ILMU DALAM TASAWWUF:
PENGALAMAN PENGAMAL”. Anjuran : Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd. Tempat : Dewan
Kuliah 7, N24, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor
10. (25 Mac, 2005)
Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN
KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd,
Tempat: Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bharu.
11. (10 – 11 Januari,
2004) Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE ’04). Tajuk:
“HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI
DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI)
12. (09 - 10 Ogos, 2003) Seminar
Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran
Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tempat: Allson Klana Resort Seremban Negeri
Sembilan.
13. (17 – 19 Ogos 2002) Seminar
Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN
MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,
14. Seminar Tasawwuf,
Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar,
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
15. Seminar Kefahaman
Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran:
Universiti Putra Malaysia (UPM)
16. Muzakarah Ulama’,
Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”,
Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.
17. Seminar Kefahaman
Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran:
Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
18.
Seminar Solat, Tajuk:
“SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya
19.
Seminar Kepimpinan
UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej
Kediaman Kelima UM.
20.
“AMALAN SULUK/KHALWAT
DALAM TASAWWUF”
21. (16 – 18 September,
1995) Forum Tasawwuf Islam Antarabangsa, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT
NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Ketua Lembaga Wakaf, Libya,
Tempat: Tripoli, Libya
KERTAS
KERJA BERKAITAN PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM
1. (1
Disember, 2012) Kongres Pengubatan Islam Nusantara, Tajuk: “BEDAH BATIN MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM”. Anjuran Bersama: Darussyifa’, GAPPIMA dan Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya. Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.
2. (11
November 2012) Seminar Perubatan Islam, Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN
RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL
ISLAM” Anjuran Bersama: Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh dan
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Dewan Solat Utama, Surau
Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh
3. (20
Oktober 2012) Seminar Perubatan Islam (SEPIM) Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS
PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN
SPRITUAL ISLAM” Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat:
Masjid Parit Khodi, Muar, Johor Darul Takzim
4. (21hb September,
2012) “SENARIO SIHIR DALAM MASYARAKAT MASA
KINI”. Pembentangan Kertas Kerja III : “Perubatan Islam
sebagai Benteng Diri Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah”Konvensyen
Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia Tahun 2012
anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang bertempat di Hotel Regency,
Kuala Lumpur.
5. (14hb Julai,
2012) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas
Kerja dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah 2012 anjuran Persatuan
Guru-Guru KAFA Zon C Negeri Sembilan Kerjasama Persatuan Kebajikan Bina Budi
Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Theatrette, Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Rembau, Negeri Sembilan.
6. (13hb Mei, 2012)
“PENGENALAN PERUBATAN ISLAM/TRADISIONAL ISLAM”. Seminar Perubatan Islam 2012
Anjuran Bersama United Sabah Islamic Association (USIA) dan Persatuan
Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Utama USIA, Kota
Kinabalu, Sabah.
7. (30hb
Mei 2012) Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Islam bertempat di Auditorium Perpustakaan
Kampus Induk Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang Darul Makmur.
8. (23hb FEBRUARI,
2012) “SATU PENGENALAN RAWATAN SPIRITUAL@TRADISIONAL ISLAM” dan “SIHIR SATU
TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan
dalam Seminar Sihir Dan Undang-Undang, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertempat di Kompleks AB, Kompleks Islam Darul Naim,
Kota Bharu, Kelantan.
9. (20hb Oktober,
2011) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja
dibentangkan dalam Wacana Islam Semasa: Sihir Dan Saka anjuran Seven Layer
Tranning & Consultancy Sdn Bhd bertempat di Dewan Serbaguna Podium B Menara
Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
10. (07 Oktober
2011) “PROGRAM DISKUSI ILMIAH BERKAITAN DENGAN SIHIR” anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat
Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) bertempat di Auditorium Tingkat 17
Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.
11. (07hb
Mei, 2011) "SIHIR: SATU TINJAUAN KHAS SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT".
Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kefahaman Aqidah anjuran Pejabat Agama
Daerah Setiu bertempat di Dewan Teater, Kolej Pendidikan Bestari Setiu,
Terengganu.
12. (06hb Mac, 2011)
DISKUSI PERUBATAN ISLAM anjuran Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Kuliah USIM.
13. (11hb Oktober,
2010) “SIHIR DAN BAHAYANYA TERHADAP MANUSIA DAN KEHIDUPAN MEREKA”. Kertas kerja
dibentangkan dalam Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir, anjuran Kolej
Antarabangsa IKIP dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang
Dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Yayasan
Pahang.
14. (11hb Julai,
2010) “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA”.
Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemantapan Aqidah anjuran bersama
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan AMAL Malaysia
bertempat di Auditorium Pustaka Miri, Sarawak.
15. (21
Februari 2010) “SAKA, SIHIR SANTAU: KESAN & RAWATAN”. Kertas kerja
dibentangkan dalam Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk Halus anjuran
Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bertempat di Dewan Utama USM
Kubang Kerian.
16. (27hb Jun, 2009)
Kertas Kerja telah dibentangkan di Seminar Rawatan Islam yang dianjurkan oleh
Persatuan Pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM).
17. (01hb April,
2009) TALKSHOW PERUBATAN ISLAM anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
bertempat di Auditorium USIM.
18. (03hb Mac, 2008)
“GANGGUAN JIN/MAKHLUK HALUS KE ATAS MANUSIA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas
kerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya (UM) bertempat di Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.
19. (03hb Februari,
2008) “SAKA: KESANNYA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas Kerja dibentangkan di
dalam Seminar Rawatan Islam anjuran Anjuran
IQ Insan Training & Consultancy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan bertempat
di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.
20. (05hb Januari 2008) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN
PENDINDING”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Rawatan Sihir Menggunakan
Al-Quran, anjuran IQ Insan Training Dan Consultancy Dengan Kerjasama Masjid
Negara Kuala Lumpur bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara.
21. (Disember, 2007)
“SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja
dibentangkan di Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran anjuran Jabatan
Al-Quran dan Sunnah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di
Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.
22. (25hb Mac 2007)
“METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Kertas
kerja dibentangkan di dalam Seminar Perubatan Islam & Tasawwuf anjuran
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia dan Jawatankuasa Penghuni Dewan Abbasiah
Kaherah Dengan Kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yayasan Pahang dan
Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir bertempat di Dewan
Malaysia Abbasiah, Kaherah, Mesir.
23. (25hb Disember,
2005) “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG
PENTING”. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sehari Metafizik Islam 1 anjuran
Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN) bertempat di Dewan
Muktamar, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam, Selangor.
24. (05hb Mei, 2004)
“PANDUAN AMALAN PERUBATAN DALAM ISLAM”. Kertas Kerja dibentangkan
dalam Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam Anjuran Sekolah
Pengurusan Dakwah, ILDAS bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS)
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor.
25. (04hb Julai 2002) “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM”. Kertas Kerja
Dibentangkan dalam Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, anjuran Pejabat Muzium
Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti bertempat di Muzium
Negara Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment