LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA
27 - 29HB APRIL, 2012
Masjid Sultan Singapura
Rawang, 27hb April, 2012 (Jumaat), Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) telah berjaya menganjurkan Lawatan Sambil Belajar Ke Negeri Johor dan Negara Singapura pada 27-29hb April, 2012 yang lalu. Program yang mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 90 orang tersebut dirancang bagi ahli BUDI dan Ahli Jawatankuasa mengadakan persefahaman dan kerjasama menjalankan aktiviti dan program dengan Persatuan Ulama' Singapura (PERGAS) mengenali dan mendapatkan pengalaman melawat negara lain. Sebuah bas dan 2 buah kenderaan bergerak dari Rawang pada jam 5:30 petang dan selamat tiba di destinasi jam 11:30 malam. Alhamdulillah segala perancangan dan pertemuan berjalan lancar dan mendapat perhatian yang positif. Semoga program tersebut memberikan impak positif dan mencapai objektifnya. Pihak BUDI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan kerjasama sepenuhnya dakan menjayakan program tersebut.
Pemandangan yang indah di Masjid Sultan Singapura, lokasi lawatan dan perjumpaan BUDI dan PERGAS
Pertemuan mesra dan perbincangan penganjuran aktiviti@program bersama Presiden PERGAS dan Yang DiPertua BUDI
Sebahagian peserta rombongan bergambar santai bersama YDP BUDI di perkarangan Masjid Sultan sejurus selepas pertemuan
Suasana dan pemandangan di dalam Masjid Sultan yang indah dan mendamaikan
Salam Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja... Group Trip Pakej juga bole dianjurkan dari JB ke SG.
ReplyDeleteJuga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak 🔥PRIVATE TRIP-Tour Singapore (car/alza/starex)? 🚘 Pun ada.. Silakan tanya...
Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219 (JESS)
*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86
[From Johor Bahru]