PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA (BUDI) 0701-06-SEL
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia atau singkatannya BUDI telah ditubuhkan pada tanggal 07hb Jun, 2007 dengan no. pendaftaran 0701-06-SEL. BUDI tersenarai sebagai salah sebuah NGO Islam yang aktif dan berkembang serta bergerak di arena dakwah dan kebajikan kepada seluruh masyarakat Islam di seluruh Malaysia. Keahliannya meliputi seluruh lapisan masyarakat Islam dari pelbagai peringkat taraf pendidikan dan pekerjaan dengan satu misi yang sama iaitu mencari keredhaan Ilahi. Persatuan juga mendapat sumbangan dana kewangan daripada Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam menjalankan pelbagai aktivitinya.
BUDI menjalankan pelbagai aktiviti dan program dakwah, kursus dan seminar melalui Biro Dakwah, Kursus dan Seminar ke seluruh pelusuk negara. Di antara program utama BUDI ialah mengadakan Seminar Perubatan Islam bersiri dengan objektif utamanya mengajak seluruh umat Islam memahami, mengenali dan menggunakan kaedah perubatan secara Islam (iaitu jalan para nabi, salihin dan ulama’ pewarisnya) dan menjauhi pelbagai amalan sihir yang syirik amalan pawang, bomoh dan dukun (menggunakan perantaraan iblis, syaitan dan jin) yang menyengutukan Allah SWT hingga membawa kepada kekufuran.
BUDI memilih menggunakan pendekatan method sufi atau tasawwuf dalam setiap seminar yang dianjurkan dengan harapan pendekatan tersebut sesuai dengan membina individu sempurna sebagai muslim, mukmin dan muhsin yang akhirnya boleh membina diri, keluarga, masyarakat dan negara. BUDI juga mengalu-alukan kerjasama dari pihak lain untuk menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan diredhai Allah.
Seminar Perubatan Islam, Seminar Kefahaman Islam dan Seminar Pemantapan Aqidah adalah matlamat dan penumpuan BUDI dengan kelompok sasaran generasi muda dan tua. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar iaitu Ustaz Hj Mohd Abadi Bin Amir di talian 019-451 8873 atau email abadisalam@gmail.com.
BUDI melalui Biro Perubatan telah menubuhkan serta mengawal selia Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRI Manarah) di bawah bimbingan tenaga pakar dan pengasas Manarah iaitu Yang DiPertua BUDI sendiri. PRI Manarah yang dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang dikawal selia seorang Pengurus dan dibantu beberapa perawat tetap yang setia merawat pelbagai penyakit dan pesakit yang hadir saban hari. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Hj Abdul Halim bin Mohad@Ramli di talian 019-384 4036 email: primanarah@gmail.com.
Melalui Biro Perubatan juga, BUDI telah menubuhkan dan mengawal selia Pusat Perlindungan Istana BUDI melalui Jawatankuasa Induk Istana BUDI. Yang DiPertua BUDI mengilhamkan dan mengasaskan Pusat Perlindungan Dan Rawatan ISTANA BUDI bagi Pesakit HIV Islam Lelaki. Dengan tenaga pengurusan daripada ahli BUDI yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan sosial, Istana BUDI telah melindungi lebih kurang 20 orang pesakit HIV lelaki Islam dalam satu masa. Pesakit HIV dipilih dan diterima melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (Kebanyakan penghuni Istana Budi adalah bekas Penghuni di Welcome Home, Gereja Batu Arang). Untuk maklumat lanjut bagi urusan sumbangan dan lawatan, sila hubungi Pengurus Istana Budi, Tuan Hj Idris bin Hussin di talian 013-746 9636 atau email istanabudi@gmail.com.
BUDI juga aktif menjalankan program ziarah atau lawatan sambil belajar ke luar negara dengan perbelanjaan di keluarkan oleh setiap peserta rombongan. Lawatan@Ziarah bertujuan membuka dan meluaskan pengalaman serta menimba ilmu dan pengetahuan daripada negara luar. Antara negara yang telah dilawati oleh BUDI ialah Mesir, Arab Saudi, Uzbekistan, Vietnam, Turki, Jordan, Uganda dan Indonesia. BUDI bercadang mengadakan lawatan pada tahun 2012 ke Singapura dan India.
BUDI juga merancang menubuhkan sebuah KOMPLEKS PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan keperluan tercanggih sesuai dengan peredaran masa dan zamannya. Ianya bagi memastikan objektif dan matlamat BUDI tercapai.
Semoga BUDI sentiasa diberikan kekuatan dan petunjuk daripada Allah SWT dalam perjalanan mencapai matlamat dan objektifnya. BUDI juga sentiasa memerlukan segala bentuk sumbangan wang ringgit dalam menjalankan segala objektif dan matlamat juga pandangan bernas serta membina daripada seluruh umat Islam. Segala sumbangan wang ringgit atau cek boleh disalurkan ke no. akaun 14-023-01-003574-7 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD atas nama PERSATUAN KEBAJIKAN BINA BUDI MALAYSIA. Semoga Sumbangan anda mendapat ganjaran pahala dan keredhaanNya.
Sekian, Terima kasih.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
SALAM HORMAT daripada kami,
HJ YUSUF BIN ABDUL RAHMAN,
Setiausaha,
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
C25, Kg Melayu Sri Kundang, Tasik Biru,
48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
sila hubungi kami di talian 019-351 4667
atau emailkan ke binabudi@gmail.com
Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
C25, Kg Melayu Sri Kundang, Tasik Biru,
48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
sila hubungi kami di talian 019-351 4667
atau emailkan ke binabudi@gmail.com
No comments:
Post a Comment