Pusat perlindungan ISTANA BUDI
PENGURUSAN ISTANA BUDI
Perlantikan dan pembentukan Kumpulan Pengurusan oleh Lembaga Penasihat telah dilaksanakan untuk mengurustadbirkan Istana BUDI agar sempurna dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan diketuai oleh Pengurusnya iaitu YBhg Tuan Hj Idris bin Hj Hussin yang berpengalaman luas dan lama dalam bidang perubatan bersama 12 orang yang lain 1 Penolong Pengurus, 1 Penyelia, 2 Jururawat, 2 Pembantu Am Kebersihan, 2 Tukang Masak, 2 Pemandu, 2 Perawat Islam, Pekerja Sukarela.
LEMBAGA PENASIHAT / BADAN INDUK
PUSAT PERLINDUNGAN ISTANA BUDI
|
|
PENAUNG
|
|
YANG DIPERTUA
|
YBHG DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK
AL-KHALIDI
|
NAIB YANG DIPERTUA
|
YBHG TUAN HJ. MOHD NOR BIN ABU BAKAR
|
SETIAUSAHA
|
YBHG TUAN HJ. MOHD YUSOF BIN ABDUL RAHMAN
|
NAIB SETIAUSAHA
|
YBHG TUAN HJ. IDRIS BIN HJ HUSSIN
|
BENDAHARI
|
YBHG TUAN HJ. MAHDAN BIN MOHAMED
|
AHLI JAWATANKUASA
|
|
PENASIHAT KESIHATAN
|
YBHG DR HJH. MIRZARINA BINTI HJ MANSOR
|
KUMPULAN PENGURUSAN
PUSAT PERLINDUNGAN ISTANA BUDI
|
|
PENASIHAT PERUBATAN
|
YBHG DR. HAJJAH MIRZARINA BINTI HAJI MANSOR
|
PENASIHAT PERAWATAN
|
YBHG MATRON HAJJAH KAMALIAH BT HJ MOHD AMIN
|
PENGURUS
|
YBHG TUAN HJ. IDRIS BIN HJ HUSSIN
|
PENOLONG PENGURUS
|
YBHG TUAN HJ. MAHDAN BIN HJ MOHAMED
|
JURURAWAT
|
YBHG PN. SHAFIDAH BT. SHAMSUDIN
|
PENYELIA
|
YBHG ENCIK KHIR NAJIB BIN SHUIB
|
TUKANG MASAK
|
-
|
PERAWAT
REFLEKSIOLOGI ISLAM
|
YBHG USTAZ HJ MUSYAFIAN BIN KHOLIL
|
PEMBANTU AM
|
|
Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ISTANA BUDI” adalah merupakan hasil cetusan ilham dan idea serta diasaskan oleh Yang Dikasihi Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi. Beliau merupakan Yang DiPertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) juga Pengasas serta Pakar Pusat Rawatan Islam MANARAH (PRIM) pada tanggal Khamis, 23 Julai, 2009 bersamaan 01hb Syaaban, 1430H di Dewan BUDI disokong dan disepakati oleh semua ahli BUDI.
Pemandangan Luar Istana Budi
Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ISTANA BUDI” adalah bernaung di bawah NGO Islam ialah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (0701-06-SEL) yang aktif berdakwah kepada seluruh masyarakat Islam, khususnya di Selangor dan umumnya di seluruh Malaysia. Berbekalkan kewibawaan kepimpinan dan ahli BUDI yang mantap dan berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan perkembangan Islam, BUDI istiqamah dalam menjana kebaikan dan manfaat kepada umat Islam melalui visi dan misinya tersendiri.

Dormitori
Atas rasa tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi tersebutlah Yang DiPertua BUDI terdorong untuk melibatkan diri bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) untuk menyediakan sebuah pusat bertujuan bagi melindungi, merawat dan penjagaan pesakit-pesakit HIV lelaki yang beragama Islam. Pesakit-pesakit HIV lelaki yang sebelumnya berada di bawah perlindungan pusat-pusat kelolaan pihak Gereja KristianCetusan Idea dan ilham Yang DiPertua BUDI tersebut telah mendorong dan menaikkan semangat ahli-ahli persatuan untuk bekerjasama dan mengembeling tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk menjayakan hasrat murni tersebut menjadi kenyataan.
Alhamdulillah, setakat hari ini pihak kami telah berupaya menyiapkan infrastruktur dan pelbagai kemudahan asas yang amat membanggakan dalam masa yang amat singkat. Pihak Persatuan BUDI amat menghargai bimbingan Lembaga Penasihat sebagai badan induk yang membuat polisi dan dasar serta memantauan ke atas Istana BUDI tersebut. Pihak BUDI juga amat menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) atas kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh dalam membantu pihak kami agar dapat melaksanakan impian murni ini.

Dewan Solat
Pada tanggal 26hb Ogos, 2009, (Rabu) walaupun Istana BUDI belum siap sepenuhnya, pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menghantar seramai 08 orang pesakit HIV yang dipindahkan daripada Pusat Welcome Comumunity Home, Batu Arang ke Pusat Perlindungan Istana BUDI.

Ruang Pejabat Pengurusan
Bangunan “user friendly” 2 tingkat Pusat Perlindungan Dan Rawatan “ISTANA BUDI” dalam perancangan akan dinaiktaraf dengan pelbagai kemudahan dan infrastrukturnya dengan anggaran kos melebihi RM150,000.00. Ianya berkeluasan lantai 10,000 kaki persegi. Ianya dirancangkan mampu menampung 30 hingga 40 orang penghuni/pesakit HIV dalam satu-satu masa. Bangunan Istana BUDI menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
Tingkat Bawah (Bangunan Induk):
Terdapat kemudahan-kemudahan yang berikut:
1. Kaunter Pertanyaan / Penyambut tetamu dan ruang tetamu
2. Stesen Jururawat
3. Bilik Klinik : Jururawat / Rawatan dan Dispensari
4. Wad Pesakit (menampung 10 orang pesakit kurang upaya berjalan)
5. Dewan Makan
6. Ruang Rehat / Multimedia
7. Musolla / Ruang Solat
8. Kawasan Rawatan Khas
9. Tandas dan Bilik Air / Mandi (Dengan Railing Khas untuk orang kurang upaya)
10. Tempat Parking Ambulan / Van Khas (trolley dan wheel chair disediakan)
11. Tempat membasuh pakaian / Mesin Basuh
12. Ruang Latihan Jasmani (senam robik)
13. Alat terapi bantuan berjalan
Tingkat Atas (Bangunan Induk) (sementara pembinaan Fasa 1 disiapkan)
1. Pejabat Pengurusan Istana BUDI yang lengkap
2. Dapur / Tempat penyediaan makanan dan minuman
3. Ruang Serambi yang luas (18” x 48”)
4. Stor utama
5. Tandas dan Bilik air / mandi
6. Bilik Rawatan
7. Enam Bilik dan Tiga Dormitory yang luas boleh menempatkan 30 pesakit)
1. Pejabat Pengurusan Istana BUDI yang lengkap
2. Dapur / Tempat penyediaan makanan dan minuman
3. Ruang Serambi yang luas (18” x 48”)
4. Stor utama
5. Tandas dan Bilik air / mandi
6. Bilik Rawatan
7. Enam Bilik dan Tiga Dormitory yang luas boleh menempatkan 30 pesakit)
Adalah menjadi hasrat Pihak Pengurusan Istana BUDI agar menjadi kebanggaan Umat Islam dan mampu bersaing serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik, terancang dan berkualiti bagi pesakit-pesakit HIV. Harapan Istana BUDI, semoga sentiasa menyokong dan berdoa bersama-sama dan memberikan pelbagai sumbangan dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti.
Sila lawati laman http://www.istanabudi.com.my atau http://www.istanabudi.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment